Join Us on facebook
Utama Produk Biomil Profil Syarikat Galeri Pengedar Maklum Balas Hubungi Kami
Biokimia

Perubatan Biokimia diperkenalkan dan dimajukan oleh seorang doktor berbangsa Jerman iaitu Dr Wilhelm Heinrich Schuessler, dalam tahun 1873. Sistem ini bertolak daripada teori yang berasaskan bahawa penyakit terjadi akibat kekurangan mana-mana satu atau lebih daripada satu garam mineral dalam tubuh.

Garam mineral ini digelar garam tisu biokimia. Hasil kajian analisis yang begitu teliti yang dijalankan, Dr Schuessler mendapati terdapat 12 jenis garam tisu dalam tubuh yang sihat, iaitu:

Garam Tisu
1 Kalsium Fluorid 7 Kalium Klorid
2 Kalsium Posfat 8 Kalium Sulfat
3 Kalsium Sulfat 9 Natrium Klorid
4 Ferum Posfat 10 Natrium Posfat
5 Magnesium Posfat 11 Natrium Sulfat
6 Kalium Posfat 12 Silika
Milk

Dalam makalahnya yang pertama, Dr Schuessler telah merakamkan penghargaan di atas tulisan Prof. Moleschott dari University of Rome, yang mencetuskan inspirasi kepadanya melahirkan teori Biokimia ini. Di dalam makalah tersebut, Prof. Moleschott menulis, "struktur dan fungsi semua organ tubuh bergantung kepada wujudnya juzuk-juzuk perlu tak organik dalam kuantiti seimbang".

Oleh kerana kandungan garam tak organik hanya perlu dalam kadar 5% sahaja, maka keperluan, kepentingan dan peranannya kurang diberi perhatian. Kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh garam tak organik menjadi sangat jelas apabila semakin ramai pihak yang menjalankan kajian di makmal.

Dr Lusk, seorang pakar pemakanan menulis, "tubuh manusia boleh hidup dalam jangka lebih pendek akibat ketiadaan garam mineral daripada ketiadaan juzuk lain di dalam makanannya".

Prinsip Perubatan Biokimia Dr Schuessler Ada lima prinsip utama:
1 Penyakit tidak terjadi jika metabolisme (ungkaibina) sel berada dalam keadaan normal.
2 Metabolisme sel berkeadaan normal apabila berlaku nutrisi sel mencukupi.
3 Bahan pemakanan tubuh boleh dalam bentuk organik atau tak organik.
4 Keupayaan sel-sel tubuh mengasimilasi, mengkumuh dan mengguna bahan pemakanan akan terencat jika terdapat kekurangan pada kandungan mineral tak organik (garam tisu) dalam sel tubuh.
5 Kecukupan pemakanan sel boleh dipulihkan dan metabolisme sel dinormalkan dengan membekalkan garam tisu yang diperlukan oleh tubuh dalam bentuk yang halus dan boleh diasimilasi.
Sekalipun seseorangitu makan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan unsur surih, kadang-kadang tubuh tidak berupaya mengasimilasikan bahan-bahan tersebut. Dalam hal yang demikian, tubuh dikatakan "kelaparan dan kekenyangan". Pengambilan garam tisu potentisasi boleh membantu dalam hal ini untuk memulihkan keseimbangan molekul yang kemudian boleh menggiatkan proses asimilasi. Tubuh bolehlah dapatkan bekalan nutrien yang diperlukan daripada makanan. Mineral yang diperolehi daripada makanan adalah dalam bentuk sebatian yang mesti dipecahkan terlebih dahulu, melalui proses pencernaan, sebelum dapat diasimilasi. Akan tetapi garam tisu biokimia yang disediakan melaui kaedah triturasi boleh terus diasimilasi oleh tubuh.
 
Maklumat Produk
Biomil Ad
Biomil dengan fosfat-fosfat kalium, kalsium & magnesium (Garamtisu Biokimia)

Produk Biomil
Biomil Ad
Garamtisu Biokimia Schuessler telah dimajukan pada tahun 1873 oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler....

Produk Biomil
Biomil Ad
Electromagnetic Molecular Signaling (EMS) adalah konsep yang menegaskan bahawa sel-sel mendapat semboyan daripada ligand...

Produk Biomil
Online Payment
Hubungi Kami
Biotral Sdn Bhd
51A, Jalan BRP 1/4,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA

Tel: +603 6141 3551
Fax: +603 6141 3552
Email: info@biomil.com.my
 
Copyright © Biomil 2011 | All rights reserved | Site Design by Daya Creative