Home
Maklumat Syarikat
Maklumat Produk
Senarai Pengedar
Aktiviti Syarikat
Hubungi Kami
Maklumbalas
 
 
RINGKASAN SYARIKAT
MISI SYARIKAT
VISI SYARIKAT
BINGKISAN PENGARAH

Bagi pihak syarikat Biotral Sdn Bhd, saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan semua pihak yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi melahir dan memasarkan susu tepung untuk membesar Biomil.

Bermula dengan satu ilham serta diiringi dengan petunjuk daripada Allah swt, bermulalah satu era kegemilangan bahawa kita telah memiliki satu aset yang sangat bernilai. Dengan kemunculan produk ini, maka Biotral Sdn Bhd telah melakar sejarah Malaysia yang mengeluarkan produk susu tepung pertama rumusan anak Melayu.

Aset ini haruslah dijaga serta dilindungi supaya ianya dapat mengiringi ketamadunan anak-anak bangsa Malaysia yang pintar dan cemerlang serta berakhlak mulia.
Ditengah-tengah kemelut memperjuangkan produk makanan halal untuk santapan generasi kini, Biomil muncul memenuhi kehendak-kehendak mereka yang peka dan memiliki kesedaran bahawa suatu formula wajib dijana untuk memantapkan keupayaan mereka bagi mengharungi cabaran di masa hadapan.

Maka sebab itulah “ Biomil – The Formula for Future Generation “ mempunyai maksud yang amat mendalam bagi memastikan generasi masa hadapan dibentuk mengikut acuan yang sebenar. Kita harus melangkah ke hadapan dan menggembeling tenaga untuk memastikan agenda kegemilangan ini memenuhi kehendak agama, bangsa dan negara.

Ishak Husin
Pengarah Syarikat