| |
|
Sejak dahulu sehingga kini pasaran susu di Malaysia masih dikuasai oleh gergasi susu antarabangsa seperti Holland, Denmark, Ukraine, New Zealand dan Australia. Malaysia adalah di antara negara pengimport susu terbesar di Asia Tenggara. Susu sudah menjadi sinonim di kalangan masyarakat negara ini sebagai makanan gantian yang disajikan di dalam pelbagai bentuk seperti susu tepung, susu segar, susu pasteur, U.H.T dan sebagainya.
Bermula awal 2006, kita ingin melakukan sesuatu yang berbeza. Biotral Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh bumiputra mengorak langkah memulakan pengeluaran susu tepung biokimia pertama untuk santapan kanak-kanak yang sedang membesar seawal usia 1 tahun dan ke atas. Susu tepung biokimia Biomil yang diperkaya dengan phosfat-phosfat Kalsium dan Magnesium ini begitu sesuai untuk pemeliharaan kesihatan, emosi dan perkembangan minda.
Bidang biokimia kini mula diperkenalkan dalam bentuk pemakanan. Testimoni yang dikumpul dalam tempoh tersebut mendapati, pengambilan susu dari kalangan kanak-kanak seawal usia 1 tahun telah menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Si manja jarang menghidap demam, selsema, batuk dan ruam, memiliki rambut, tulang serta gigi yang kuat, perkembangan fizikal, emosi dan mental yang konsisten, cerdas dan cergas, membantu penghadaman dan pencernaan serta mengurangkan ragam tangis. Kanak-kanak ini berkulit cantik serta mudah dijaga.
Sehingga kini, kajian pasaran dan maklumbalas ibu-ibu begitu luar biasa. Ini membuktikan bahawa susu tepung biokimia ini telahpun memperoleh penerimaan masyarakat di negara kita. Kini kami menyusun agenda yang lebih besar dengan harapan untuk memecah pasaran global. Melalui rangkaian perniagaan dan pengedaran yang agresif, kami yakin satu revolusi dalam pengeluaran susu tempatan akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
|
|